//Merah Itu Cinta




NENEK
Selasa, 27 November 2012 | 9:01 PTG | 0 Notification(s)

Assalamualaikum , guys . Sesuai dengan tajuk di atas yang ingin di ceritakan . Actually aku rindu nenek . Hari ini , da 2 tahun 1 bulan nenek meninggalkan aku :'( . Aku tak sempat nak cium nenek , nak mintak ampun kat nenek . Masa tu aku duduk jauh and baru je habis PMR . Tak sangka pulak lepas je aku habis , nenek dah takde . What a sadlife :'( . Baru nak bagi sapu tangan yang ada tulis 'EJA SAYANG NENEK' , tapi tak sempat . Apa perasaan korang , if kita nak bagi something special kepada seseorang yang kita sayang  tapi tak sempat ? Mestilah korang menangis guling - guling kan ? Begitu juga aku , dah la aku jarang balik kampung and jarang jumpa nenek :'( . Nenek maafkan eja ye !


Sometimes , aku rindu pelukan nenek . Ingat lagi sewaktu aku kecil , time tu mama sakit . Nenek yang jaga aku , even time tu juga aku tak berapa rapat dengan cousins aku and always dibuli . Tapi , nenek la jadi back up aku . Nenek juga la yang jadi 'mama' and 'abah' aku . Nenek selalu belai - belai rambut aku , time aku baring kat peha dia . Aku rindu masakan nenek , aku rindu nak dengar suara nenek , aku rindu dialek banjar nenek :'( . Kalau nenek masih hidup , mesti nenek duduk dengan aku . Aku sedia nak jaga nenek ! 

Memang aku akui , nenek tak pernah marah aku even aku ada buat salah . Mula daripada tu la , aku makin sayang dekat nenek . Bila aku nak balik johor je , mesti nenek menangis . Sebab tade siapa yang teman dia berborak :'( . Alahaii , hanya Tuhan je tahu macam  mana perasaan aku . Nenek , walaupun nenek jauh di mata , tapi nenek sentiasa ada dalam hati eja . Eja sayang nenek , walaupun kita jarang berjumpa . Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh nenek . Semoga nenek sentiasa tenang dan di tempatkan dalam kalangan orang - orang mu'minin dan mu'minat . AMIN :') .







Older Post | Newer Post